Sejak Mac 2022, 16 orang telah dihukum gantung kerana kesalahan dadah tanpa kekerasan di Singapura.
Apabila perhatian tempatan dan antarabangsa terhadap pembunuhan beramai-ramai di negeri ini semakin meningkat, jelasnya terdapat kekurangan maklumat dan akauntabiliti daripada negara tentang siapakah yang dijatuhkan hukuman mati, keadaan yang dialami banduan yang dihukum mati, bagaimana dan bilakah tarikh hukuman mati dijadualkan, dan cara-cara petisyen pengampunan dipertimbangkan.
Persoalan yang serius dan mendesak juga telah dibangkitkan. Antaranya adalah berkait dengan majoriti kes hukuman gantung dikenakan atas etnik minoriti daripada latar belakang yang terpinggir, sistem kehakiman yang keras terhadap orang yang menghadapi pertuduhan modal dan penuh dengan risiko tinggi terhadap perbicaraan rakyat marhaen yang tidak selamat. Lagi-lagi dakwaan kerajaan bahawa hukuman mati adalah untuk menghalang penambahan penggunaan dadah berbahaya di Singapura dan trauma besar yang ditimbulkan apabila hukuman gantung dikenakan ke atas keluarga banduan dan masyarakat di Singapura.
Suara Dari Balik Tirai Maut
Eksekusi (Hukuman Mati)
Membongkar Mitos
Isu Perundangan
Laporan Berita
Pemansuhan di Negara Lain
#BerhentiMembunuh kini sedang fokus pada :
(A) mengumpul tandatangan untuk petisyen rakyat yang menggesa penangguhan hukuman mati dan kajian semula yang bebas rejim hukuman mati, dengan sasaran 50,000 menjelang akhir 2025, dan
(B) mendesak ahli parlimen untuk membawa petisyen itu ke dalam Dewan untuk dibahaskan.