Post Example  
   

Perbezaan Pendapat Bukan Bererti “Sokongan Meluas”

   

Berikut adalah refleksi daripada salah seorang sukarelawan kami mengenai pengalaman mereka melakukan kempen dari pintu ke pintu.

   
   

Oleh V

   
   

Melangkah ke sesi pintu ke pintu saya yang pertama untuk topik yang “tabu” seperti hukuman mati, saya sudah bersedia untuk dihina, dimarahi, atau diabaikan. Saya juga menjangkakan mereka hanya akan mengulangi hujah-hujah biasa yang sering kita dengar. Tetapi, saya terkejut apabila mendapati sebaliknya: ramai yang memberikan pandangan bernuansa, yang jauh lebih mendalam daripada sekadar jawapan "ya" atau "tidak".

   
   

Walaupun kebanyakan mereka teragak-agak untuk mencadangkan perubahan bagi hukuman mati ini, ada juga nampak tidak selesa apabila kami cuba menguraikan konsep abstrak hukuman mati dengan situasi konkrit yang telah berlaku. Kita suka bercakap tentang “sokongan kuat” terhadap hukuman mati di Singapura. Baru-baru ini, saya mula mempersoalkan jika ia secara tidak sengaja mengaburkan nuansa.

   
   

Memang, pada pandangan pertama, kebanyakan rakyat Singapura nampaknya percaya bahawa hukuman mati perlu atau wajar untuk jenayah tertentu. Tetapi, ini mengabaikan apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh mereka dengan "hukuman mati," serta bentuk dan pelaksanaannya. Adakah mereka benar-benar bersetuju dengan segala yang kita laksanakan, seolah-olah semuanya boleh diukur dengan neraca sahaja? Atau adakah mereka memaksudkan sesuatu yang lain? Saya dapati bahawa "persetujuan meluas" ini sebenarnya tidak kukuh. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa kita tidak bersetuju mengenai butiran spesifik, seperti penghakiman, prosedur, dan pelaksanaannya. Ketidaksetujuan ini tidak seharusnya dianggap sebagai "sokongan meluas".

   
   

Saya belajar untuk memahami perbualan mengenai hukuman mati di Singapura bukan sebagai sesuatu yang sudah mati: ia adalah perbualan yang tidak perlu dimulakan kerana rakyat Singapura entah bagaimana semuanya sangat percaya bahawa kita harus melaksanakan hukuman mati dalam bentuk dan cara yang sedia ada, tetapi sebaliknya sebagai sesuatu yang dikaburkan oleh andaian masyarakat bahawa inilah keadaannya.

   
   

Pada pandangan saya, perbualan ini sekurang-kurangnya perlu dihidupkan semula dan diteroka sehingga ke penghujungnya, bukannya diabaikan atas alasan naluri atau kurangnya asas untuk sebarang perbualan. Kerana asas untuk perbualan itu ada; ia terletak pada butiran: kita cuma tidak cukup bercakap mengenainya untuk mencapainya.

 

Ditulis

dalam

, ,

oleh

Tag:

Komen

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *