Volunteer Reflections

Rangkaian Sokongan Keluarga

Mengetahui bahawa orang tersayang menghadapi hukuman mati, atau telah dijatuhkan hukuman mati, adalah sangat menyedihkan. Perjalanan yang dihadapi oleh keluarga dan rakan-rakan adalah panjang dan mencabar, dan anda tidak seharusnya menghadapinya sendirian. Rangkaian Sokongan Keluarga TJC boleh menawarkan yang berikut:

  • Menghubungkan anda dengan keluarga lain yang menghadapi hukuman mati.
  • Menyediakan maklumat tentang pelbagai pilihan dan mekanisme yang tersedia untuk anda.
  • Membantu anda memahami dan mengendalikan rejim hukuman mati di Singapura (cth. undang-undang, proses, garis masa, hak keluarga, hak banduan)
  • Menyokong anda dalam berurusan dengan pihak polis, mahkamah dan penjara.
  • Menghubungkan anda dengan NGO antarabangsa dan peluang lain untuk advokasi.
  • Menghubungkan anda dengan nasihat dan bantuan guaman.
  • Bantuan Kewangan
  • Sokongan emosi dan moral
  • Berinteraksi dengan media
  • Berkempen
  • Melibatkan anda dengan gerakan anti-hukuman mati di Singapura dan di luar negara.
  • Sebarang nasihat, sumber atau sokongan lain yang anda perlukan, kami akan cuba sedaya upaya.

Anda boleh hubungi kami di transformjustice.sg@gmail.com atau di Instagram @transformjustice.sgdan kami akan membalas secepat mungkin.