Sepanjang kerja kami, Transformative Justice Collective sering mendengar orang ramai mengatakan bahawa mereka mempunyai pendirian yang kukuh mengenai hukuman mati dan ingin bersuara untuk mendesak pemansuhannya. Namun, mereka juga sering ragu-ragu untuk terlibat dalam perdebatan mengenai isu ini, kerana kadang-kadang mereka merasa sukar untuk meluahkan bantahan mereka terhadap hukuman mati atau merasa tidak mempunyai maklumat latar belakang yang mencukupi untuk terlibat dalam perbincangan yang mendalam dan bermaklumat dengan orang di sekeliling mereka.
Panduan sumber baharu kami, "Bercakap Mengenai Hukuman Mati",bertujuan untuk melengkapkan lebih ramai orang dengan pengetahuan dan sumber yang diperlukan untuk menyokong pemansuhan hukuman mati di Singapura. Panduan ini dibahagikan kepada tujuh bahagian, yang merangkumi pelbagai aspek hukuman mati — dengan penekanan pada hukuman mati untuk kesalahan dadah.
Berasa lebih bermaklumat tentang hukuman mati selepas membaca panduan kami?
Mulakan perbincangan yang bermakna dengan rakan-rakan dan keluarga anda, dan ambil langkah seterusnya dengan menyertai kempen menandatangani petisyen kami untuk memacu perubahan.
Setiap tandatangan membawa perbezaan!